Ke Arah Mencapai Premis Makanan Bersih 'Gred A'!

Demi menggalakkan kerjasama global untuk pembangunan lestari sempena persiapan bagi ‘Tahun Melawat Selangor 2025’, AVEREX bersamaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan ‘KEMPEN PREMIS MAKANAN BERSIH 2024‘ yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan kebersihan dan meningkatkan keselamatan makanan.

Komponen Kempen

Bengkel Latihan
Kebersihan & Sanitasi
Premis Makanan Shah Alam

Ini adalah peluang terbaik untuk anda tingkatkan pengetahuan kebersihan ke tahap yang lebih baik.

Bengkel latihan amali ini bukan sekadar kelas pengendalian makanan, tetapi ianya merangkumi dari topik Asas Kebersihan & sanitasi, pencegahan pencemaran silang, garis panduan & SOP kebersihan sehingga ke strategi susunan pemantauan kebersihan & sanitasi yang lebih efektif!

Bukan itu sahaja, jika premis makanan anda terpilih sebagai pemenang kempen Premis Makanan Bersih 2024, anda juga berpeluang memenangi hadiah & pengiklanan berjumlah sehingga RM10,000!

Apa tunggu lagi?

Tekan butang hijau dibawah untuk mendaftar.

30 Julai 2024 (Selasa) – PENUH

Sila Pilih Sesi Lain (Tarikh akan dimaklumkan)

Isu Terkini

@maskulinmy

Kecoh baru-baru ini apabila berlakunya kes kanak-kanak dan remaja maut akibat keracunan makanan selepas makan mihun dan telur mata yang diedarkan dalam sebuah program sekolah. Chef selebriti, Chef Wan tampil meluahkan kebimbangannya melihat pengendali makanan di negara kita. #chefwan #keracunanmakanan #maskulin #majalahmaskulin

♬ original sound - Maskulin
@501awani

Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang remaja lelaki maut disyaki akibat keracunan makanan selepas menjamah makanan yang disediakan dalam satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak, Selangor, pada Isnin. #AWANInews

♬ original sound - 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
@majoritiofficial

Keracunan makanan jangan dibuat main, boleh bawa maut tau #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #sbpjempol #sekolahberasramapenuh #wad #hospital #kualapilah #negerisembilan

♬ Epic News - DM Production

PROGRAM NI UNTUK ANDA PEMILIK/PENGUSAHA PERNIAGAAN MAKANAN:

(Restoren, Café, Kedai Makanan, Penjaja Makanan, Kiosk Makanan & Minuman)

  • Yang risau dikenakan tindakan kompaun dari pihak MBSA.
  • Yang panik kalau kedai viral sebab isu kebersihan.
  • Yang stress bila staff tak konsisten bersihkan premis makanan.
  • Yang sedih bila kualiti makanan yang dihidang tidak sempurna.
  • Yang tidak tenang bila pelanggan mengalami keracunan makanan sebab makan di kedai kita.
  • Yang tiada peluang untuk mempromosikan premis makanan.

BONUS UNTUK 100 TERAWAL! *

  • Mendapat Latihan Bimbingan melalui Mentoring program – Latihan Amali, Kami bantu custome sistem kebersihan Premis Makanan anda & Bonus 1 set bahan pembersih secara PERCUMA untuk setiap premis.
  • Mendapat Kad Pengendalian Makanan bernilai RM30 secara PERCUMA selama tempoh 1 tahun terhad pada 2 orang peserta.
  • Sijil Penyertaan dari MBSA.
  • PERCUMA – Pelekat PENGHARGAAN PREMIS MAKANAN BERSIH 2024 sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
  • Bahan Pembelajaran Kebersihan & Sanitasi Premis Makanan.
  • Premis akan dinilai selepas bengkel latihan dan pemenang-pemenang berpeluang mendapat:
    • Hadiah berjumlah sehingga RM10,000.
    • Pengiklanan & promosi secara percuma melalui pengiklanan e-billboard di sekitar Shah Alam, Sosial Media di pelbagai platform, Laman Web MBSA, Publisiti di platform TOURISM SELANGOR – Edisi tempat makan menarik di Shah Alam.

* Tertakluk kepada terma & syarat.

ADA PERTANYAAN UNTUK PENDAFTARAN?
Sila hubungi:

kempen@averex.com.my

Tel / WhatsApp : +6011-1092 2682

Copyright © 2023 Averex Technology Sdn. Bhd. 199801005804 (461931-T) All Rights Reserved.

Borang Pendaftaran
Bengkel Latihan Kebersihan & Sanitasi
Premis Makanan Shah Alam

Sila lengkapkan borang pendaftaran seperti di bawah.

* Setiap Premis Perniagaan terhad kepada 2 wakil sahaja.

TERMA DAN SYARAT

Pertandingan Premis Makanan Bersih 2024
sempena Tahun Melawat Selangor 2025

A. MAKLUMAN PERTANDINGAN:

  1. Sempena Kempen Premis Makanan Bersih 2024, pihak MBSA & AVEREX akan menganjurkan PERTANDINGAN PREMIS MAKANAN BERSIH 2024.
  2. Premis yang berminat diminta untuk mengisi maklumat pada borang penyertaan.

 

B. KELAYAKAN PERTANDINGAN:

  1. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua Premis Makanan di bawah pentabdiran MBSA & menyertai bengkel latihan kebersihan premis makanan bersama AVEREX.

 

C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN:

  1. Premis Makanan mempunyai lesen perniagaan MBSA yang sah & lengkap.
  2. Semua pengendali makanan menerima suntikan anti-typhoid dan menyertai kursus pengendalian makanan MBSA & bengkel kebersihan premis makanan.
  3. Premis makanan yang menyertai pertandingan hendaklah mempunyai i-gred/dalam permohonan i-gred.
  4. Semua premis makanan mesti mempunyai perangkap minyak yang berfungsi dengan baik dan mempunyai kapasiti yang mencukupi.
  5. Semua premis makanan hendaklah mempunyai papan tanda larangan merokok.
  6. Semua premis hendaklah mematuhi syarat lesen MBSA.
  7. Premis makanan yang ingin menyertai petandingan, tidak tersenarai dalam senarai hitam MBSA, iaitu yang mempunyai notis tertunggak dan kesalahan kompaun.

 

D. TERMA DAN SYARAT LATIHAN BIMBINGAN (MENTORSHIP PROGRAM) :

  1. Premis makanan yang dipilih untuk menyertai program bimbingan mestilah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada program dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh MBSA untuk pemilihan.
  2. Sebagai sebahagian daripada program, pasukan bimbingan akan menjalankan analisis piawaian kebersihan di dalam premis untuk mengenal pasti bidang yang perlu diperbaiki secara percuma.
  3. Penemuan daripada analisis kebersihan boleh digunakan sebagai bahan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan program bimbingan dan meningkatkan standard keselamatan makanan secara keseluruhan.
  4. Premis makanan terpilih membenarkan mentor program bimbingan menggunakan premis mereka untuk tempoh masa yang dipersetujui untuk menjalankan sesi latihan, bengkel, atau sebarang aktiviti lain yang berkaitan.
  5. Kedua-dua pihak program bimbingan dan pemilik/pengurus premis makanan mengakui bahawa program ini adalah usaha kolaboratif berdasarkan persetujuan dan kerjasama bersama.
  6. Sebarang cadangan atau penambahbaikan yang dikenal pasti semasa program akan dibincangkan bersama pemilik/pengurus premis makanan untuk memastikan komunikasi dan persefahaman yang jelas.
  7. Penganjur program latihan bimbingan boleh menggunakan persetujuan semua pihak berkaitan untuk rakaman dan temu bual, yang mungkin termasuk audio, video, gambar atau kandungan teks yang mendokumentasikan penyertaan premis makanan dalam program bimbingan.
  8. Semua maklumat yang dikongsi semasa program bimbingan, termasuk data premis dan keputusan analisis kebersihan, akan dijaga dengan ketat untuk menjaga privasi dan integriti premis makanan.
  9. Program bimbingan tidak menjamin hasil atau faedah khusus kepada premis makanan, tetapi bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan dan sumber untuk penambahbaikan.
  10. Sebarang perubahan kepada terma dan syarat ini mesti dipersetujui oleh semua pihak untuk memastikan ketelusan, keadilan dan persefahaman bersama sepanjang program bimbingan.

 

E. HAK CIPTA:

  1. Kesemua penyertaan adalah menjadi hak milik penganjur.
  2. Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana premis makanan yang menang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan penganjur.

 

F. HADIAH:

  1. Tawaran hadiah kepada setiap pemenang adalah seperti berikut:
    • Johan – Hadiah wang tunai RM2,000, sijil, tajaan produk & lain-lain
    • Tempat kedua – Hadiah wang tunai RM1,500, sijil, tajaan produk & lain-lain
    • Tempat ketiga – Hadiah wang tunai RM1,000, sijil, tajaan produk & lain-lain
    • 3X Saguhati – Hadiah wang tunai RM500, sijil, tajaan produk & lain-lain
  2. Penilaian akan dilakukan berdasarkan penilaian oleh pihak MBSA. 
  3. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan, pertikaian atau rayuan tidak akan dilayan.
  4. Pemenang akan dihubungi melalui telefon atau emel.

 

G. TEMPOH PENYERTAAN:

  1. Tarikh Penyertaan: 5 Ogos 2024 sehingga 16 Ogos 2024.
  2. Tarikh Tutup Pertandingan: Selewatnya-lewatnya sebelum jam 5.00 PETANG pada 16 Ogos 2024.
  3. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati terma dan syarat. Penyertaan yang dimuatnaik lewat dari tarikh dan masa tutup pertandingan juga akan ditolak.

 

H. KETERANGAN LANJUT:

Jabatan Kesihatan & Persekitaran
Majlis Bandaraya Shah Alam
E-mel: kempen@averex.com.my
Laman sesawang: https://averex.com.my/kempen-premis-bersih-2024/